Saturday, July 16, 2011

Minggu Bahagia :)

Terdetik nak buka blog ni bila Nani suruh saya buka baca blog dia, by the way Thanks to Nani.. Kalau tidak aku

tak tahu la bila nak update blog ni balik, sebab tak ada masa. Tetapi malangnya, dari semalam aku mencuba dan

cuba nak buka dan baca blog Nani, makin mengada tak boleh nak buka.. sakit hati tauk ! Lappy atau Internet 

problem ke aku pun tak tahu laa... Jangan kau sedih Nani, banyak masa lagi ! Hee~ Menyesal juga aku tak 

update blog sebelum ni, sebab banyak benda jadi kat aku.. Aku tak nak aku lupa bila da dewasa nanti..

Ermm.. antara perkara yang jadi kat aku, aku pindah sekolah lagi. Dulu bukan main semangat cakap tak nak

pindah, tapi last last, hasrat aku tu makin lama makin pudar dek kerana subjek Ekonomi yang makin lama makin

menyampah aku nak belajar. Itu baru subjek, belum lagi guru yang mengajar tu. Bila Beliau menyoal, hilang

segala bagai aku punya nota kecil dalam kepala. So, agak terseksa juga la aku bila muncul jadual minggu kedua.

Apa taknya, subjek Makroekonomi ada tiap tiap hari ! Aduhh.. tak tercapai akal aku. Aku tertekan stress sakit

kepala sampai la satu hari tu aku menangis sepuas puasnya. Huh ! Tak pernah pernah aku menangis sebab

subjek matapelajaran. Dulu aku gagal Math tiap tiap ujian, aku bole buat muka senang hati. Tapi yang ni lain,

aku tak nak ambil risiko untuk STPM. Aku sedar aku ni memang slow bab Math. Jadi, aku bertekad pindah

sekolah, SMK Kunak nak ambil subjek Sastera. Syukur ke hadrat ilahi, sepanjang mengurus perpindahan tu

sangat senang sampai Mak aku rasa hairan, sebab sebelum ni payah yer kawan kawan.. Okay, ada hikmah aku

pindah, memang jelas aku memang sepatutnya dari awal lagi pindah. Aku da lega banyak tak tengok muka

orang yang aku tak suka, itu satu hal. Yang keduanya, kerja projek Merdeka kononya aku da melepas.

So, GOODBYE ! Menyampah aku bagi Minah ni kerja susah apa hal ? Padan muka dorang, cari orang lain

la ! Aku pindah sekolah ! Dorang ingat dorang tu bagus sangat ?? Huh. Sekolah baru ni best even sekolah tu tak

la macam SMK Kuhara yang da 'maju'. Tapi, peduli apa aku kan ?? Janji aku boleh study dalam bengkel KH

yang agak-tak-selesa-tapi-aku-selesakan-juga. Baru seminggu sekolah situ, ramai kawan aku dapat. Mereka

ada ngam dengan aku sampai la dorang semua nampak perangai sebenar aku. Yalah, muka sok suci tudung

 labuh semua orang percaya aku budak baik. HAHA. Aku bahagia gembira sebab dorang da tahu yang aku juga

buat lawak bodoh yer.. HAHA. Tapi da 18 tahun ni, tak bole la selalu ketawa sangat, enjoy sangat kan ?? Tak

pasal pasal aku lalai -.- Bercakap pasal sudah 18 tahun ni, umur kali ni aku sambut hari jadi aku 2 kali. HEHE.

Tu semua aku sendiri tak jangka okay. Siapa suruh bapak aku pegi Indone, time hari jadi aku kan ? Tu yang

beliau sambut buat kali keduanya. Tapi semangat la aku, rupanya ayah aku bagi hadiah banyak dari Indone.

HAHA. Indone je Yann, jangan nak bangga sangat. OKAY! HAHA. Yang penting, aku da 'dewasa' ! HAHA.

Subjek Bahagia yang seterusnya, baru baru ni aku ada online tengah malam dengan SISTERS aku, of course la

Nani dengan Nina. Bila online dengan dorang, faham faham  je la aku sendiri, sampai subuh la alamatnta aku

depan lappy. Sebenarnya, bila da sekolah, aku ingatkan aku tak online tengah malam, ketawa syok sendiri...

rupanya tidak ! Jadi, ni yang mengembalikan memori yang SEBELUM sambung belajar tu.. Ketawa gelak puas

puas aku.. Bukan apa, lama daaa tak bodoh bodoh dengan dorang ni..  HAHA. Aku harap sangat 'kejadian'

ni berulang lagi.. HAHA. Sekarang susah la, aku kan budak sekolaa.. HEHE. Exam pun tak lepas lagi.. -.-

Aku harap aku tak menangis lagi, da bahagia terus menyapa aku yer. AMIN. :))