Saturday, July 16, 2011

Minggu Bahagia :)

Terdetik nak buka blog ni bila Nani suruh saya buka baca blog dia, by the way Thanks to Nani.. Kalau tidak aku

tak tahu la bila nak update blog ni balik, sebab tak ada masa. Tetapi malangnya, dari semalam aku mencuba dan

cuba nak buka dan baca blog Nani, makin mengada tak boleh nak buka.. sakit hati tauk ! Lappy atau Internet 

problem ke aku pun tak tahu laa... Jangan kau sedih Nani, banyak masa lagi ! Hee~ Menyesal juga aku tak 

update blog sebelum ni, sebab banyak benda jadi kat aku.. Aku tak nak aku lupa bila da dewasa nanti..

Ermm.. antara perkara yang jadi kat aku, aku pindah sekolah lagi. Dulu bukan main semangat cakap tak nak

pindah, tapi last last, hasrat aku tu makin lama makin pudar dek kerana subjek Ekonomi yang makin lama makin

menyampah aku nak belajar. Itu baru subjek, belum lagi guru yang mengajar tu. Bila Beliau menyoal, hilang

segala bagai aku punya nota kecil dalam kepala. So, agak terseksa juga la aku bila muncul jadual minggu kedua.

Apa taknya, subjek Makroekonomi ada tiap tiap hari ! Aduhh.. tak tercapai akal aku. Aku tertekan stress sakit

kepala sampai la satu hari tu aku menangis sepuas puasnya. Huh ! Tak pernah pernah aku menangis sebab

subjek matapelajaran. Dulu aku gagal Math tiap tiap ujian, aku bole buat muka senang hati. Tapi yang ni lain,

aku tak nak ambil risiko untuk STPM. Aku sedar aku ni memang slow bab Math. Jadi, aku bertekad pindah

sekolah, SMK Kunak nak ambil subjek Sastera. Syukur ke hadrat ilahi, sepanjang mengurus perpindahan tu

sangat senang sampai Mak aku rasa hairan, sebab sebelum ni payah yer kawan kawan.. Okay, ada hikmah aku

pindah, memang jelas aku memang sepatutnya dari awal lagi pindah. Aku da lega banyak tak tengok muka

orang yang aku tak suka, itu satu hal. Yang keduanya, kerja projek Merdeka kononya aku da melepas.

So, GOODBYE ! Menyampah aku bagi Minah ni kerja susah apa hal ? Padan muka dorang, cari orang lain

la ! Aku pindah sekolah ! Dorang ingat dorang tu bagus sangat ?? Huh. Sekolah baru ni best even sekolah tu tak

la macam SMK Kuhara yang da 'maju'. Tapi, peduli apa aku kan ?? Janji aku boleh study dalam bengkel KH

yang agak-tak-selesa-tapi-aku-selesakan-juga. Baru seminggu sekolah situ, ramai kawan aku dapat. Mereka

ada ngam dengan aku sampai la dorang semua nampak perangai sebenar aku. Yalah, muka sok suci tudung

 labuh semua orang percaya aku budak baik. HAHA. Aku bahagia gembira sebab dorang da tahu yang aku juga

buat lawak bodoh yer.. HAHA. Tapi da 18 tahun ni, tak bole la selalu ketawa sangat, enjoy sangat kan ?? Tak

pasal pasal aku lalai -.- Bercakap pasal sudah 18 tahun ni, umur kali ni aku sambut hari jadi aku 2 kali. HEHE.

Tu semua aku sendiri tak jangka okay. Siapa suruh bapak aku pegi Indone, time hari jadi aku kan ? Tu yang

beliau sambut buat kali keduanya. Tapi semangat la aku, rupanya ayah aku bagi hadiah banyak dari Indone.

HAHA. Indone je Yann, jangan nak bangga sangat. OKAY! HAHA. Yang penting, aku da 'dewasa' ! HAHA.

Subjek Bahagia yang seterusnya, baru baru ni aku ada online tengah malam dengan SISTERS aku, of course la

Nani dengan Nina. Bila online dengan dorang, faham faham  je la aku sendiri, sampai subuh la alamatnta aku

depan lappy. Sebenarnya, bila da sekolah, aku ingatkan aku tak online tengah malam, ketawa syok sendiri...

rupanya tidak ! Jadi, ni yang mengembalikan memori yang SEBELUM sambung belajar tu.. Ketawa gelak puas

puas aku.. Bukan apa, lama daaa tak bodoh bodoh dengan dorang ni..  HAHA. Aku harap sangat 'kejadian'

ni berulang lagi.. HAHA. Sekarang susah la, aku kan budak sekolaa.. HEHE. Exam pun tak lepas lagi.. -.-

Aku harap aku tak menangis lagi, da bahagia terus menyapa aku yer. AMIN. :))

Wednesday, May 4, 2011

bila budak mentah cari gaduh =.,=''~

Apa perasaan anda bila kena maki hamun secara percuma sedangkan anda tiada berbuat dosa mahupun kesalahan yang kecil atau pun besar..??
CONTOHNYA:
sundal..!!!
sundal..!!!
bigak !!!
kw tau sda..!!!
talam 2 muka nie..!!!
npa kw diam sundal bitch..
kw nie bagus2 d kawan, m'lawan plak kw..
npa tkut kw..
ar ..?
 
umphh.. suddaaaa~ budak mentah cari pasal dengan aku.. bila di biarkan, di katanya aku ni penakut, pengecut.. amboii.. kalau la aku ni orang yang boleh bertindak secara kejam dengan bebas, mungkin aku akan buat la tanpa berfikir panjang.. heyy.. apa masalah ni ?? okay.. masalah ni berpunca dari seorang lelaki yang cecuba memberanikan diri untuk curang~ aku pun tak tahu la andaian aku ni betul ke takk.. dah girlfriend dia cakap macam tu, aku yang sok suci ni pun, percaya je laa.. dia tak cakap pun aku tau, boy tu macam ada gf.. alahai..~ takkan la aku nak main main rampas pulak.. tak syok la.. apa barang main rampas bf orang ? err.. kalau aku da terdesak nak ada bf, yalah... aku rembat je, peduli apa kan ?? HAHA... heyy, tengok muka aku ni pun, orang boleh tau, oh ini budak baik.. HAHA.. (sebenarnya ramai kata aku macam sombong) its okay la dorang nak cakap apa, sebab dorang tak kenal aku.. aku cuba tolong budak mentah ni settle masalah dia dengan bf dia.. so, apa lagi dia nak ?? dia sendiri da pernah menyamar jadi bf dia.. (senang senang je dia memperbodohkan aku...ingat aku tak perasan ayat makan dalam dia) budak mentah, kau kena belajar dengan lebih baik lagi..! dia sendiri tau aku ni jujur punya orang, pastuh tetiba memaki hamun pulak, cakap aku cari pasal.. =..=  malang punya budak..~ bila di tanya bukti ?? cepat cepat buad ghaib.. apa kes?? then, suro aku block FB bf dia ?? heyy, he is my friend okay.. kenapa dia tak suro je laki dia buad macam tu ?? payah betol dengan perangai budak mentah.. gaya macam konon da laki bini.. over je~ HAHA.. kadang kadang geli hati dengan perangai dia ni.. kesiannn lagi laaaa-- err.. mungkin dia sendiri di perbodohkan dengan aku ?? mungkin laa.. orang terpedaya.. aku rasa aku tau tang mana dia marah tu.. HAHAHAH.. malang bagi dia, bertuah bagi aku.. aku kompiden 100%.. HAHA.. (baru perasan) tapi kalau pasai tu jaa dia nak maki hamun, aku mintak maaf la kann.. ayat ayat aku ni memang cun sampai orang bole naik bengang~ mungkin aku tak sengaja... HAHA.. sebelum dia marah, sepatutnya la kan, soal siasat aku dulu.. alaaa.. macam kat balai polis tu ! aku bukan kisah pun.. tanya je la, asalkan jangan tanya soalan Math mahupun soalan Maut.. HAHA.. aku hairan gak la kenapa dia nak mara sangat macam gunong berapi  yang eletus letus ?? aku bukan couple dengan bf dia pun.. =..=''~ ishh.. tak suka la fitnah fitnah ni ! mencik ! HAHA.. (saja nak tambah dosa besar aku, dosa sebelum ni pun banyak lagi) HAHA.. aku cuma boleh berdoa dan berharap agar iman aku masih teguh..mulut aku senantiasa mengucapkan kata kata yang baik.. (wahhh...) apa yang terjadi, aku jadikan pengalaman.. rasa best tapi merunsingkan hati dan perasan.. (kerana ia mencabar emosi..) budak mentah tu ?? err.. bawak bawak la bertaubat.. lainkali pandai pandai la jaga laki tu, jangan jadi syok sendiri pulak =,.=''~ kepada aku sendiri, jangan sesekali layan lelaki yang ada girlfriend kecuali kawan baik aku sendiri.. hehehe~ the question is, what should I do with this annoying girl..?? block FB dia?? oh suda ! suksess kau Yann ! bikin semak wall aku dengan penuh bagai kata kata kesatnya~ HAHA.. kalau dia maki aku guna FB laki dia, ermm.. tak apa lah.. baca then delete, kemudian beristighfar la kau panjang panjang yer Yann~ HAHAHA.. :)

Tuesday, March 15, 2011

imbas kembali.. eh ?

hoorayy !! saya sudah berjaya menamatkan Program Latihan Khidmat Negara dengan jayanya.. untuk pengetahuan anda, anda dan kamu semua, inilah saat yang di tunggu sejak masuk ke dalam bas PLKN.. hee~ walaubagaimanapun, perasaan sedih, sayu, sepi, bosan, janggal menyelebungi diri setelah masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.. ayoo~ dulu bukan main semangat nak balek, macam tak ada feel gitu nak tinggalkan kwan-kawan.. err.. menipu la kalau aku kata tak rindu semua yang ada dalam kem tu.. 70 hari dalam kem.. banyak kenangan pahit manis telah aku tempuhi dengan gagah.. ishh.. begitu cepat dan pantas tu berlalu.. macam tak percaya !! sumpah ! apa yang aku tak sanggup tempuhi dalam kem bila aku kena bangun awal pagi.. 4.30 pagi !! tapi nak buat macam manakan, da undang-undang gitu.. sabar je la.. aku dapat ramai kawan baru.. begitu juga pengalaman yang telah ku kutip untuk di jadikan pengajaran.. yang pahit tak sanggup aku kenang.. kerana ia begitu menyayat hati diri sendiri, merobek jiwa, meghiris perasaan.. tak di buang cuma letak jauh-jauh.. err.. yang sweet-sweet oh mesti di kenang sentiasa.. untuk apa ?? untuk menghiburkan diri sendiri, menenangkan jiwa, dan melapangkan hati~ aku takkan cerita apa yang manis apa yang pahit itu.. kamu ! korang ! anda tanya la aku sendiri.. nak cerita kat sini bole jadi novel terus.. senang cerita, apa yang aku rasa sekarang tak dapat di gambarkan dan di taip ditulis.. jika anda tanya, adakah saya berubah ?? saya akan jawab YA.. memang ada perubahan tapi dalam diri saya sendiri.. kalau berubah dari segi fizikal tuuu... no komenn laa.. hekhek.. aku rasa berat badan, saiz, ketinggian, diameter pinggang maintain ok lagi.. syukur alhamdulllah~ lagi satu, jika anda tanya saya, adakah saya masih single atau sudah berpunya, saya akan cakap, saya masih solo.. ;p Ha ha ha..~ eee~ ''apa barang bercinta dalam kem''..tolong la paham ! update blog tengah2 malam buta ni.. teringat pulak time aku ''duty jaga malam''.. pada waktu itu aku mengalami tekanan jiwa kerana meronda beberapa blok tengah2 mlm.. kata kuncinya, aku amat bosan! (tarik nafasss) bayang-bayang PLKN masih segar bugar lagi dalam  fikiran..kepada anda yang akan ke PLKN, pergilah..pergilah sayangg~ wahh?? Ha ha.. yang penting, patuhi peraturan dan enjoy.. sifat malas kena buang jauh-jauh.. sebab malas tuh la yang membuatkan kita jadi negatiff.. JANGAN sesekali kamu semua mencari cinta sejati dalam kem.. tak ada maknanya! tapi. bercinta la di luar kem ok ?? hee~ perkara yang paling aku nak buat yang sepatutnya di tegah untuk melakukannya tapi malangnya tak tercapai untuk di lakukan ialah conteng loker, tilam,bantal kepunyaan kerajaan.. hee~ nampak sangat aku da berubahkan ??

Sunday, January 2, 2011

Kenyataan..

hehehe.. aku rasa macam tak percaya pulak aku meneruskan ''perkerjaan'' ini.. entah tak tahu bila nak sambung buat lagi.. maklumlah, esok da nak gi PLKN.. wahh.. macam tak percaya! perasaan SEDIH+GEMBIRA+BANGGA+TERUJA bercampur-baur gitu.. HAHA.. tapi, InsyaAllah, aku akan try ENJOY MY LIFE..

Barang-barang pun da pack.. yang lebih menyusun atur barang-barang aku.. sudah tentu mak kesayangan saya Pn.Ana.. hee.. bukan malas atau tak reti.. cuma mak aku lebih bersemangat..
apa yang lakukan selepas ini ialah menikmati setiap saat dan ketika bersama keluarga tersayang~ 


Saturday, January 1, 2011

buat pertama kali

ini bukan kali pertama aku buat blog ni.. ni da masuk kali ketiga buat blog.. blog-blog sebelum ni da terbengkalai.. blurr aku di buatnya.. mungkin jugak aku lupa password ! HAHA.. rasa janggal la pulak..
hihihi.. apa taknya, buat blog jam 2 pagi.. nampak sangat tak ada kerja lain nak buat selain berdepan dengan lappy ni.. hee.. aku terdetik nak buat blog ni apabila selesai membaca blog Ulin Najwa as known as my Adek.. HAHA.. tapi, kalau bab-bab study dia Kakak.. :) rasa touching +terharu + bangga bila muka aku yang bole di katakan cun ni terpampang kat blog dia.. wahh.. sangat sangat .....  hehe.. aku harap blog yang aku buat kali ni menjadi.. HAHA. Aku da tak larat nak buat blog sekian dan seberapa kalinya.. well~ aku tak suka sangat benda remeh-remeh ni.. (tapi aku buat jugak) HAHA.. yerla.. da rajin sangat ni buat la kan ?? hehe.. apa-apa pun aku harap aku senantiasa merajinkan diri menghidupkan suasana blog Zuraihankalerlife ni.. AMIN. :)